Promo Bulan Ini! Diskaun 25% Dengan Kod Kupon: YT2024
Surat Terbuka Kepada Ahli Peniaga Dan Pemasar...
Susah Nak Cari Lebih Ramai Pelanggan & Prospek
Sales Tengah Sendu Sekarang Dan Belum Laris
Pening Akaun Iklan FB Selalu Dok Kena Ban
Kalau Tak Ban Pun, Pesaing Ramai Juga
Nak Cuba Iklan YouTube™ Tapi Entah Macam Mana
Takut Keluar Modal Besar Dan Rugi Nanti
Kalau ini situasi anda sekarang, TERUS BACA kerana saya ada jalan penyelesaian untuk anda!
Tak begitu lama dulu saya pun menghadapi masalah-masalah yang sama.
Percaya atau tidak, bisnes saya nyaris terlingkup tapi mujurlah saya sempat melakar jalan baru untuk mantapkan kembali sales dan kekal berniaga online.
Berita baik ialah...
Anda tak perlu ulangi kesemua kesilapan saya malah kalau anda ikut 'jalan pintas' ini, anda boleh bermula dengan bajet harian rendah!
Saya Edmund Loh, usahawan Internet sejak tahun 2005.
Sepanjang kerjaya saya, saya telah menjana 8 angka RM keseluruhan melalui penjualan produk digital dan perkhidmatan secara talian.
Saya juga pernah muncul dalam media massa tempatan seperti The Star, Borneo Post, Management Malaysia, dan lain-lain lagi.
Bukan nak tunjuk terer kredibiliti saya, cuma saya nak anda tahu saya bukan baru setahun jagung dalam bidang ini.
Tapi hebat mana pun...
Tahun 2020 merupakan satu tahun yang luar biasa.
Kalau tidur dalam gua pun anda tahu mengapa. Pandemik.
Ketika itu, saya tengah kendalikan seminar bersiri dan juga run FB Ads untuk bisnes-bisnes tempatan.
Jadi semasa PKP pertama dilaksanakan, hampir kesemua perniagaan diarahkan untuk tutup termasuk seminar saya dan juga premis perniagaan klien-klien kami.
Hampir semalaman, kami rugi -RM120,000.
Dan sepertimana anda dah tahu juga, minggu berganti minggu, kemudian bulan berganti bulan... kejap ekonomi buka, kejap ekonomi tutup, kejap buka lagi...
Walaupun kami ubah balik halatujuan bisnes kembali kepada secara talian sepenuhnya
Bulan Oktober tahun itu, tiba-tiba KESEMUA akaun iklan Fesbuk kami kena BAN!
Sebelum ini, tidak pernah terjadi. Kalaupun kena restricted, biasanya saya boleh dapat balik dan rayuan berjaya.
Kali ini BERBEZA.
Semua ad account kena ban. Tak boleh buat rayuan. Keputusan mereka adalah MUKTAMAD.
(saya syaki ini satu konspirasi dikaitkan dengan demam pilihanraya presiden Amerika Syarikat masa itu, kerana ini pernah berlaku pada tahun 2016... sekadar spekulasi sayalah...)
Apapun, saya telah kehilangan sumber trafik utama dan baru saya sedar saya terlalu bergantung kepada iklan FB sahaja.
Dan kalau anda fikir ini dah cukup teruk...
Dalam minggu yang sama perkhidmatan prosesor pembayaran, PayPal, telah tutup KESEMUA akaun saya juga.
Ini tidak pernah terjadi sepanjang 14 tahun saya menggunakan perkhidmatan mereka.
Saya rugi ekstra -RM80,000 kerana dana saya tersangkut DICURI oleh PayPal atas alasan yang tidak munasabah langsung namun mereka enggan berbincang dengan saya.
Tak boleh iklan.
Tak boleh terima bayaran.
Nak buat apa sekarang?
Selama ini saya berkeras untuk kekalkan kakitangan syarikat kami hatta keadaan ekonomi merosot di seluruh dunia.
Tak tersangka last-last pun, saya kena lepaskan beberapa orang pekerja walaupun ini bukan kesalahan mereka langsung. Gaji terakhir mereka, saya bayar dengan simpanan peribadi.
Terus-terang, saya rasa depresi masa itu kerana amat meluat dengan takdir yang tidak adil ini.
Ketika itu, saya ada dua pilihan yakni:
A. Cuba dengan mendesak untuk mendapat balik akaun iklan FB saya (masa itu saya belum tahu keputusan pihak FB adalah terakhir)
Dan meskipun saya berjaya dapat balik akaun-akaun iklan FB, saya sedar bahawa saya terlalu bergantung kepada 1 sumber trafik sahaja.
Maka dengan keberatan, saya memilih...
B. Kuasai sumber trafik lain
Dan saya putuskan iklan YouTube™ adalah pilihan yang lojik.
Setakat itu, saya hanya pernah cuba sikit-sikit dengan YT Ads dan tak hairanlah belum berjaya lagi.
Kini saya rasa terdesak dan tak banyak pilihan lain.
Bermodalkan duit simpanan sendiri dan telefon pintar iPhone 7 Plus, lantaklah saya cuba saja.
Usah saya cerita panjang sangat pasal eksperimen saya, tapi lama kelamaan percubaan saya mula membuahkan hasil...
Benar, hari ini saya masih run ads di Fesbuk melalui akaun-akaun baru namun saya lebihkan tumpuan kepada YouTube™ Ads. Saya sarankan jangan bergantung kepada iklan FB 100% kerana ketidaktentuan (dan akaun anda boleh kena ban secara rawak tak kira anda patuh polisi iklan atau tidak...)
Ini merupakan satu pengajaran yang besar bagi saya, dan kalau anda mengalami situasi yang sama atau serupa maka saya harap anda tidak ulangi kesilapan saya.
Lebih-lebih lagi, anda harus lebihkan saluran trafik supaya bisnes anda bukan saja lebih stabil, anda boleh 'jaminkan' pendapatan dan bilangan pelanggan baru tiap-tiap hari.
Mungkin anda ada tanggapan-tanggapan seperti:
"Betulkah YT Ads ini berkesan? Saya selalu skip iklan je... orang lain sama kan?"
"Saya kena selalu bikin video baru untuk channel YouTube™ saya"
"Saya kena ada DSLR dan perkakas canggih baru boleh rakam video"
"Saya kena hensem atau cantik dulu..."
Ya, saya juga ada pendapat-pendapat yang sama sebelum saya mula buat iklan YouTube™ secara serius.
Dan mungkin anda rasa pelik, tapi... sebenarnya kesemua tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali!
Saya kongsikan 10 sebab mengapa Iklan YouTube™ berkesan...
Selepas berpuluh-puluh kempen, saya dapati pulangan dari YouTube™ adalah lebih daripada FB. ROAS bermaksud "Return On Ad Spend".
Semasa melayari YouTube™, pengguna berada dalam keadaan lebih suka menonton video panjang berbanding dengan platform lain seperti FB dan TikTok.
Ini tidak bermaksud kita boleh iklankan benda yang bukan-bukan, tapi sekurang-kurangnya YouTube™ lebih munasabah dan takkan ban akaun sewenang-wenangnya.
YouTube™ mampu bersaing dengan Facebook™ dari sudut bilangan pengguna aktif, jadi sudah tentu anda boleh cari audiens anda di sini.
YouTube™ bukan saja platform video terbesar, para pengguna di sini juga tegar (ketagih?)
Yakni enjin pencarian terbesar di dunia ini. Ini bermakna YouTube™ telah mengumpul banyak butiran tentang audiens sasaran anda, memudahkan targeting.
Dan yang tengah iklankan di YouTube™ sekarang, kebanyakan jenama hanya setakat buat kempen 'awareness' saja. Ini bermaksud masih ada banyak peluang yang belum dirampas!
Berbanding dengan iklan tradisional yang biasanya beratus atau beribu RM, anda boleh mula dengan modal serendah RM20 - 30 sehari!
Tak perlu perkakas atau peranti canggih. Selagi anda ada telefon pintar dengan dual camera, anda juga boleh rakam dan lancarkan iklan YouTube™ sendiri!
Biasanya jangka hayat iklan padu di FB boleh tahan beberapa bulan maks. Tapi iklan di YouTube™ kalau dah padu boleh run lebih lama tanpa berubah.
Banyak lagi dalil sebenarnya, tapi persoalannya sekarang...
Mungkin anda pernah cuba buat sendiri atau belajar sendiri.
Mungkin anda pernah rugi juga.
Mungkin anda baru sedar dan tak nak bergantung kepada FB Ads sahaja atau cara-cara berjangka pendek.
Sebab itu saya rasa terpanggil untuk menciptakan panduan lengkap ini...
Panduan YT Ads ialah hasil penemuan saya selepas bertungkus lumus mencari jalan untuk selamatkan bisnes saya daripada melingkup pasca-penutupan kesemua akaun FB Ads saya.
Saya mereka panduan ini selengkap mungkin dari A ke Z. Namun begitu, jangan bimbang kerana saya telah permudahkan proses ini supaya anda tidak rasa 'overwhelmed' atau kena mengharungi informasi yang terlampau.
Kesemua modul saya susunkan langkah demi langkah dalam bentuk video dalam ruangan ahli, dan anda boleh dapatkan akses segera tanpa menunggu.
Di samping modul training Panduan YT Ads, buat pertama kali saya bongkarkan manuskrip yang digunakan untuk menghasilkan iklan-iklan YouTube terbaik saya (40+ mukasurat) Anda boleh dapat idea dan juga guna sebagai bahan rujukan.
Betul. Meskipun YouTube Ads tak berubah seketara FB Ads, dari semasa ke semasa memang ada sedikit perubahan jadi saya rasa terpanggil untuk kemaskini silibus panduan ini apabila ada keperluan.
Tapi buat masa sekarang, anda boleh daftar dan nikmati apa-apa update yang akan datang tanpa perlu membayar langganan bulanan atau tahunan.
Dengan erti kata lain, one-time payment, access for life ('life' merujuk kepada sepanjang masa saya kekalkan website ini)
Sertai Komuniti Dalaman Kami! Saya tengah membina satu komuniti Internet Marketing yang berkembang di mana semua ahli ada gol dan halatuju yang sama.
Bincang Internet Marketing, tanya soalan Internet Marketing, saya pun share insights saya di sini. Semua ahli di sini adalah berbayar, bukan percuma. Dan saya rasa anda boleh hargai setup sebegini di samping menjaga mutu Group ini.
1. Sejak dua menjak ini, ramai peniaga dan pemasar mengadu akaun FB ads mereka kena restricted.
Yang lain masih bergantung kepada teknik pemasaran yang tidak menentu. Seperti mana anda sudah tahu, saya juga telah berada dalam kedudukan yang sama.
Maka kini saya rasa terpanggil untuk tunjukkan jalan baru supaya tidak lagi bergantung kepada 1 sumber trafik sahaja.
2. Mungkin saya silap, tapi... setakat ini saya belum lihat sifu Malaysia lain yang ajar YouTube Ads.
Apa pun, kalau saya boleh tolong anda dapat results, saya harap boleh dapat testimonial anda pada masa kelak.
Jangan terkejut ya...
Sebelum ini saya berguru dengan seorang otai di Singapura yang ajar saya YouTube Ads dan saya bayar...
RM10,000
Cerita belum habis lagi ya...
Itu dah kira diskaun sebenarnya, kerana biasanya yuran beliau dalam harga SGD bukan Ringgit.
Tapi saya tetap bayar juga kerana bagi saya ini bukan kos; ini pelaburan.
Soalan retorik: kalau anda ada RM10,000 dan mampu jana pulangan RM200,000 dalam masa 4 bulan - berbaloi tak?
Sudah tentu ya!
Pada masa yang sama, saya faham bukan semua orang ada sepuluh ribu ringgit.
Dan ketika itu, saya keluarkan dana ini dalam keadaan terdesak untuk ubah nasib bisnes saya yang berada di ambang kehancuran.
Jadi guys, jangan bimbang. Nak dapatkan Panduan YT Ads bukan sepoh ribu ya...
Pada asalnya, saya fikir nak tetapkan harga RM999.
Tak mahal sangat, amat berpatutan. Berbanding dengan saya yang melabur RM10K, ini dah 10X kali lebih murah!
TAPI...
Sempena pelancaran panduan baru ini, saya nak buat sesuatu yang lebih istimewa...
Kalau anda ambil tindakan sekarang, anda boleh dapatkan akses segera pada harga
Biasanya khas untuk klien personal coaching saya, untuk masa terhad saya extend juga perkhidmatan ini kepada anda!
Anda boleh dapatkan pandangan dari saya bagaimana nak ubahsuai dan naiktaraf iklan video anda supaya boleh mencapai conversions optimum.
Bagi pelanggan pakej VIP, anda boleh tuntut sebanyak 3 kali maksimum.
Rahsia roketkan conversions di laman web dengan membuat beberapa perubahan kecil!
Betul. Nak optimumkan conversion bukan sahaja di bahagian iklan tapi pada laman web anda juga. Kadang-kadang kalau ada iklan padu tapi laman web macam tak 'sambung' pun boleh hilang sale!
Hasil dari menjalankan beratus-ratus kempen iklan berbayar dan trafik dalam lingkungan jutaan klik ke laman web, saya dapati inilah cara-cara paling best untuk tingkatkan conversion.
Rupa bentuk landing page, jenis dan warna butang, bagaimana nak perbaiki tajuk utama, skema warna, dan lain-lain lagi...
Lebih daripada 800 media imej dan video yang boleh digunakan dalam membikin iklan video YouTube anda. Disusunkan dalam folder dan kategori supaya mudah cari balik.
Amaran! Jangan guna muzik Taylor Swift, Gangnam Style, dll. kerana kesemua muzik popular ini dah ada hak cipta terpelihara! Kalau guna pun sebahagian muzik-muzik ini, video anda boleh kena copyright strike dan tidak boleh digunakan untuk YouTube Ads.
Jadi jalan alternatif ialah: guna muzik yang royalty-free!
Saya sediakan satu koleksi soundtrack berdurasi 15 saat hingga 1 minit, anda boleh gunakan dalam mana-mana bahagian iklan video anda!
Mana pun pilihan anda, pembelian anda dilindungi oleh...
Syarat saya mudah.
Dapatkan akses ke Panduan YT Ads hari ini "risk free" untuk 90 hari mulai sekarang.
Sekiranya anda tak dapat results selepas perlaksanaan panduan ini, hubungi helpdesk kami bersertakan bukti anda telah ambil tindakan. Kalau cukup syarat, kami proseskan refund.
Tujuan saya perkenalkan jaminan ini ialah untuk beri keyakinan supaya anda juga beri diri sendiri peluang.
S: Apakah format panduan ini?
J: Panduan ini dalam bentuk digital, iaitu kombinasi video dan panduan PDF.
S: Apakah bahasa panduan ini?
J: Bahasa Malaysia.
S: Selepas pembayaran dibuat, bilakah saya boleh dapatkan akses?
J: Akses adalah segera. Anda akan diminta untuk ciptakan akaun kemudian log masuk ke dalam ruangan ahli.
S: Ada pelan ansuran tak?
J: Memandangkan ada pilihan jenis pakej, tiada pelan ansuran ditawarkan.
S: Adakah panduan ini akan dikemaskinikan?
J: Ya, dari semasa ke semasa terpulang kepada perubahan ketara dalam iklan YouTube™ atau polisi Google.
(berdasarkan pengalaman saya, iklan YouTube™ tidak berubah cepat sangat berbanding dengan iklan FB dan dari sudut ini, sebenarnya baik juga)
S: Adakah Edmund Loh & Team buat YouTube Ads untuk klien?
J: Buat masa ini, kami tidak menerima klien.
S: Saya anggap diri saya ini dah ada pengalaman dengan iklan FB. Patutkah saya dapatkan panduan ini?
J: Kami alu-alukan soalan melalui e-mel kalau belum terjawab dalam panduan ini.
Bagi yang pilih pakej VIP, anda layak untuk dapatkan 'personal critique' daripada Edmund Loh sendiri.
Penafian Pendapatan | Polisi Privasi | Terma & Syarat | Support Helpdesk
Hak Cipta © InternetMarketingMalaysia.com. Hak cipta terpelihara. Laman ini bukan sebahagian dari laman web Facebook atau Facebook Inc. Selain itu, laman web ini tidak disokong oleh Facebook dengan cara apapun. Facebook adalah tanda dagangan Facebook, Inc.
PENAFIAN: Hasil-hasil yang dipaparkan dalam laman web ini bukan jaminan anda akan dapat hasil yang sama. Ini terpulang kepada faktor-faktor seperti etika kerja, produk dan harga, jenis perniagaan, dan lain-lain lagi. Testimonial yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman masing-masing.